Mar 14, 2012

~Dilema Hawa~


سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


"Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"


Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.



Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengar bicara teman itu.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimanakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.




Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.





Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.


Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan andai saja engkau turut sama berjuang.




Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!



Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.


bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.


4 comments:

-s.m.i.l.e- (",) said...

salam owner... juz pass by, n it such a good blog dat u hav, would like to b ur follower.. =)
thanks sbb share byk mklumat n nasihat yg bermanfaat.. betul3, muslimah itu memang hati seorang yg bergelar hawae2 sangat rapuh dan perlukan bimbingan.. mengertilah ini wahai kaum Adam.. =.=

nuramiliaz said...

wsalam -s.m.i.l.e- (",)

thanks.

:D


Personally, article ni agak bias, sexism.

Tidak adillah kalau hanya Adam yang perlu kenal Hawa. Kalau Hawa lebih dahulu kenal Adam, pasti tidak akan timbullah 'Adam, kenalilah Hawa'.

('Men Are from Mars, Women Are from Venus'- dah baca?)

dan seperkara lagi, Hawa juga perlu sangat-sangat untuk kenal dirinya. InsyaAllah, akan terpelihara. :D

doakan kita sama-sama jadi muslimah mukminah! <3

INTAN said...

=)
=)
=)
=)
=)



sukeee~!

aisy. lama tak singgah.
hai.

<3

nuramiliaz said...

cik intan payung!!

singgah-singgah la selalu..tetamu datang bawak rahmat.

tapi tuan rumah takde apa sangat nak jamu. ala kadar je ye.. :D

<3