Nov 16, 2009

~Sinar Kian Pudar~

KEMBARA

Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri
Tanpa sedar dan penuh lalai
Usia beredar penuh kejahilan
dan kemusnahan

Mengembara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa arah yang sejati
Tiada pembimbing penunjuk jalan yg suci
Hidup terumbang-ambing sendiri.. sendiri

Tuhanku dengarlah bicara hati ini
Dariku insan yang sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasih-Mu

Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga diterima di sisi-Mu
Sebagai bekalan negeri abadi

Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yang sekian lama menutup jiwa...
Yang sekian lama menutup jiwa...


Kini, lagu ini berada dalam carta pertama pilihanku. Setelah 4 tahun, baru sekarang terasa zauknya,amat.

~hidup terumbang-ambing sendiri...sendiri~

Nov 8, 2009

~Disebalik Rahsia~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar




Setelah sekian lama tidak mencoret.

Sedang dilanda keripuhan semusim imtihan. Final Exam (TEE) yang bakal menentukan hala tuju perjuangan seterusnya.
Adakah ruang untukku di sana atau Dia telah sediakan yang terbaik untukku di sini. Wallahua'alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Jika kerna usaha yang terlalu minima, tidak salayaknya untuk aku mengharapkan kejayaan itu. Tapi Allah itu Maha Hebat dengan merahsiakan segala aturan-Nya.

Sesungguhnya dengan rahsia rezeki-Nya, yang tiada seorang pun dapat mencuri lihat masa depan, yang tiada siapa ketahui apa yang terhidang untuk mereka di hari muka, menjadikan kita hamba yang senantiasa ingin berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Sukar untuk mengalah walau pernah kalah sebelum betul-betul pasti apa yang diterima.

Buat sahabat-sahabat yang bersama dalam perjuangan menuntut ilmu, teruskan berusaha semaksimum mungkin. Tapi beringatlah, usah berpegang bahawa kejayaan itu kerna usaha anda semata-mata. Berdoa dan bertawakallah pada-Nya. Dia pasti akan hadirkan yang terbaik buat mereka yang menyerahkan segala pada-Nya.

~ragu makin menghampir
pabila keyakinan kian menjauh~