BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

~Disebalik Rahsia~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar




Setelah sekian lama tidak mencoret.

Sedang dilanda keripuhan semusim imtihan. Final Exam (TEE) yang bakal menentukan hala tuju perjuangan seterusnya.
Adakah ruang untukku di sana atau Dia telah sediakan yang terbaik untukku di sini. Wallahua'alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Jika kerna usaha yang terlalu minima, tidak salayaknya untuk aku mengharapkan kejayaan itu. Tapi Allah itu Maha Hebat dengan merahsiakan segala aturan-Nya.

Sesungguhnya dengan rahsia rezeki-Nya, yang tiada seorang pun dapat mencuri lihat masa depan, yang tiada siapa ketahui apa yang terhidang untuk mereka di hari muka, menjadikan kita hamba yang senantiasa ingin berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Sukar untuk mengalah walau pernah kalah sebelum betul-betul pasti apa yang diterima.

Buat sahabat-sahabat yang bersama dalam perjuangan menuntut ilmu, teruskan berusaha semaksimum mungkin. Tapi beringatlah, usah berpegang bahawa kejayaan itu kerna usaha anda semata-mata. Berdoa dan bertawakallah pada-Nya. Dia pasti akan hadirkan yang terbaik buat mereka yang menyerahkan segala pada-Nya.

~ragu makin menghampir
pabila keyakinan kian menjauh~

Thursday, October 8, 2009

Mencari Ruang~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar







... wujudnya limitasi

merencatkan i
maginasi
untuk terus berfantasi
bagi melakar ilusi ...

~dalam mencari dimensi
diri perlu dikoreksi
agar selamat sampai destinasi~

Sunday, September 27, 2009

'Merdeka!!'_syaitan_

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

syaitan dah abes cuti...

SALAM AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Sudah masuk hari ke-9 Syawal, agak terlewat mengucapkan salam aidilfitri buat semua.

Sedang teman-teman yang lain telah lama menyahut seruan ilmu, saya masih bertapak di kampung halaman sebelum meneruskan proses menakluk daerah ilmu di Bandar Utama.

Membayangkan baki-baki kehidupan yang akan diteruskan di sana, tentunya menjanjikan kesibukan yang pasti tidak terperi. Bersediakah sudah?
Sebaik memulakan kelas, sajian 'homework raya' pasti menjadi ganti kepada kuih raya.

Pejam celik, pejam celik, AUSMAT sudah hampir melabuhkan tirainya. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Layak atau tidak untuk terus meluaskan taklukan empayar ilmu di bumi Kangaroo, hanya Dia yang tahu. Penilaian itu milik-Nya sedang usaha perlu dimaksimumkan.

Perjalanan yang dilalui sebagai student KBU banyak mengajarku.

Kadang jatuh terduduk,terjelepuk. Terima kasih kepada yang sentiasa memimpin tangan ini untuk kembali bangkit berdiri dan terus berlari.

Tarbiah Allah dimana-mana. Meluas. Tiada bersempadan.

Percaturan hidup penuh misteri. Tiada perlu untuk kita tahu apa dipenghujungnya kerna yang rahsia sukar dan mungkin tidak akan dibongkarkan,
namun yang penting perlu kita tahu, bagaimana untuk tiba ke penghujung dengan selamat dan yang demikian itu pasti sudah sedia terpampang. Hanya perlu melangkah berpandukan Peta dan Kompas yang terkadang atau mungkin acapkali dilupakan kewujudannya.


~telusuri maknawi menjejak hakiki~
_eksplorasi_

Wednesday, August 26, 2009

Ujian Ramadhan~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Baru sebentar tadi, satu daripada barangan kesayangan saya telah tiada. TIADA buat selama-lamanya.

Alhamdulillah, pasti ada hikmahnya.

Sedih, tapi apakan daya, itu hanya pinjaman malah semua benda yang saya ada sekarang hanya pinjamam. Bila-bila masa saja Si Pemberi Pinjam boleh mengambilnya semula. Walau dengan bagaimana cara sekalipun. Walau pelbagai usaha telah diambil untuk mencegah perkara yang tidak diingini itu daripada berlaku.

Buat sahabat-sahabat, jika message anda tidak berbalas, panggilan anda tidak diangkat, saya pohon maaf terlebih dahulu. Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan semula nombor kalian.


Daripada Allah dia datang, kepada-Nya jua ia kembali~

~Usah ditangisi sesuatu yang bukan milikmu~

Saturday, August 22, 2009

Langit Kian Kelabu~









langi
t biru
menjadi tatapan, kudapan jiwa
menggenggam atma, mencengkam sukma
merangkul nubari, mengusik nurani
mengetuk indah ritma alam
sarat dengan atrikulasi maknawi.

langit biru
bakal dipaut, bakal ditakluk
walau tertunduk, walau terngadah
bersama sorakan awan memutih indah
bersama teriakan hujan merintik mesra
bersama dingin bayu menghembus halus
bersama angin pawana berpuput lembut.











langit biru

namun kini kian kelabu
ditolak kencang angin maksiat
dipanah tikaman petir dugaan
disambar hunusan kilat cabaran
berlagu sumbang guruh mehnah
bersatu dibawah mentari nafsu.

langit biru
rupanya hadir sekadar mimpi
lantaran
lakaran tempias harapan
lukisan percikan impian
untukku hapuskan daerah duka.

kecewa...


pengemislaila

dinihari, tangisan Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem~

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat BerRAMADHAN tahun ini. Semoga sampai ke penghujungnya.

Ramadhan kali ini, pasti tidak sama dengan Ramadhan lalu
Ramadhan kali ini, pasti berbeza dengan Ramadhan lepas...

Ramadhan kali ini, aku minta...
Ramadhan kali ini, aku harap...
Ramadhan kali ini, aku mohon...
Ramadhan kali ini, aku pinta...
Ramadhan kali ini, aku damba...

... menjadi Ramadhan yang paling bermakna
Agar jika ini Ramadhan terakhirku
Aku tidak menyesalinya...

Tapi,
Mampukah?
Dalam keripuhan yang melanda
Dalam kesibukan yang menghimpit
Dalam kesesakan yang mendalam
Berjayakah?
Untukku hiasi Ramadhan ini
dengan perhiasan yang terbaik.....

Ya Allah, jangan Engkau letakkan dunia dalam hatiku~


p/s : Jangan lupa untuk bershopping sebanyak mungkin. Bukan bershopping pakaian raya, bukan juadah berbuka puasa, bukan tiket balik kampung, bukan perabot-perabot baru, tapi bershopping PAHALA.
Bukan di One Utama, bukan di Mid Valley, bukan sempena Merdeka, bukan jua sempena Aidilfitri tapi sempena RAMADHAN MUBARAK...Bulan Ramadhan, bulan 'Super Duper Mega Sale' umat Islam. Jangan ketinggalan, jangan lepaskan peluang!!!

~Fastabiqul khairot!



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
Al-Baqarah : 183

Saturday, August 15, 2009

Selamat Berangkat~

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar....


Post ini khas untuk sahabat saya, ukhti Mahirah yang akan berangkat ke Indonesia esok.

Maher,
Pertemuan kita pada Februari 2006
Bukan pertemuan percuma
Aturan Allah cukup indah
Pelbagai cerita kita ukir bersama
Dalam mengutip hikmah dikawah ilmu
Suka duka tiada rahsia
Semua kita kongsi bersama.

Disitulah,
Hikayat ukhwah kita
Berkembang subur mekar
Dibajai tarbiah islamiah
Disirami bi'ah solehah
Dalam taman indah Waqafan.
Aku rindu ...

Kem Jati Diri di Taman Negara
Disitu, kita berdua
Bertatih mengenal dunia luar
Ustaz itu, dan pesannya
Masihkah kau ingat?

Kenangan di Sungai Congkak
Tautan buat mereka
Jalinan buat kita
Aku dengar cerita kamu
Kamu dengar cerita aku
'Mereka tidak sehati'
Manik mutiara tumpah
Aku faham
Usah khuatir
Aku yakin kamu mampu.

Kini kita dipisahkan... jauh
Tapi hanya pada zahir
Pasti bukan pada ruhnya
Kenangan demi kenangan
Menjadi penguat antara kita

Jauh di rantau
Banyak onak cabaran
Andai kau bersedih
Lagukan dalam doa
Moga Dia permudahkan.


p/s
-Maher, jaga diri kat tempat orang.
-IAllah, islah dan dakwah bergerak seiring.
-Selamat meneruskan perjuangan.
-Anak manja ibu tak ley manje2 daa...
-Be strong!! chaiyok!!

-sorry,tak dapat gi kenduri maher + anta kat airport