Aug 27, 2013

~REB4H~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Kerna cinta bertebaran memenuhi ruang seisinya,
Justeru aku namakan ia Dataran Chenta.



Dulu pernah aku tahu,
Tuhan menciptakan manusia hanya kerana Cinta, semata.


Dan kini aku tahu,
Perang itu juga tercipta kerana cinta!


......................................


Perlengkapkan jiwa
Kerelaan untuk sengsara
Kesediaan untuk merana
Demi sebuah Cinta

Dan rasailah kesakitan darinya.



Lalu, berterusanlah tanpa henti
Menjadi pen(C)inta yang hebat
Memainkan ritual-ritual romantis
Sehingga tenggelam mendalam

Dan rasailah kemanisan darinya.







Kalis Cinta,
25 Ogos 2013
Rally for Egypt
Victoria State Library - Federation Square