Aug 16, 2009

Selamat Berangkat~

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar....


Post ini khas untuk sahabat saya, ukhti Mahirah yang akan berangkat ke Indonesia esok.

Maher,
Pertemuan kita pada Februari 2006
Bukan pertemuan percuma
Aturan Allah cukup indah
Pelbagai cerita kita ukir bersama
Dalam mengutip hikmah dikawah ilmu
Suka duka tiada rahsia
Semua kita kongsi bersama.

Disitulah,
Hikayat ukhwah kita
Berkembang subur mekar
Dibajai tarbiah islamiah
Disirami bi'ah solehah
Dalam taman indah Waqafan.
Aku rindu ...

Kem Jati Diri di Taman Negara
Disitu, kita berdua
Bertatih mengenal dunia luar
Ustaz itu, dan pesannya
Masihkah kau ingat?

Kenangan di Sungai Congkak
Tautan buat mereka
Jalinan buat kita
Aku dengar cerita kamu
Kamu dengar cerita aku
'Mereka tidak sehati'
Manik mutiara tumpah
Aku faham
Usah khuatir
Aku yakin kamu mampu.

Kini kita dipisahkan... jauh
Tapi hanya pada zahir
Pasti bukan pada ruhnya
Kenangan demi kenangan
Menjadi penguat antara kita

Jauh di rantau
Banyak onak cabaran
Andai kau bersedih
Lagukan dalam doa
Moga Dia permudahkan.


p/s
-Maher, jaga diri kat tempat orang.
-IAllah, islah dan dakwah bergerak seiring.
-Selamat meneruskan perjuangan.
-Anak manja ibu tak ley manje2 daa...
-Be strong!! chaiyok!!

-sorry,tak dapat gi kenduri maher + anta kat airport


6 comments:

megaa said...

salam amy.

sebak rase.

terkenang waktu2 dulu.
rindu~

p/s:semoga bertemu kembali maher.jaga diri kat tempat org.

Ummu Ukasyah said...

Maher...(dari Atiqah, teman Tautan)

Walau pertemuan sesingkat saat
Walau terpisah dek segara
Takkan ku lupa tautan terpahat
Abadan abada ukhwah fillah
Moga dirimu bernaung dalam rahmatNya

Biarlah hati tak sejiwa
Biarlah kata tak serupa
tapi kita satu agama
teruskan perjuangan wahai mujahidah
Membara mekar seharum pusara Mashitah...

~SRIKANDI ATIQAH~

mahir said...

thanx frens..... sedih.
so far, alhmdulilah ok..cume,pengisian rohani xde lg.. xjmpa pun senior lg.. tp,masjid dekat je..dpan mata.

nuramiliaz said...

to dayah :

rndu serindu rindunya..
dayah, dh smpai mlsia nnti dtg r tmpat amy..sdia menanti..mahu dgar khabar cerita dr bumi jordan =)

poskad dh smpai..ade dua gitu..thankz dayah..nnti nk lagi! hehe

nuramiliaz said...

to tiqah :

tiqah!!suke2..nice.. tpi tu untk maher..
buatkan utk amy gak satu..nk jgak..bleh?huhu =)

nuramiliaz said...

to maher :

huhu..stlh skian lama..akhirnya dtg jgak maher drop a comment here..

msti bz kn..

its ok..iAllah nnti dh jmpe senior,u'll make a move..=)

k.nurus pun iAllah akn fly ke indon diz month..tp jakarta..
if not mstaken,dye fly 10/9..try cntact dye..