Aug 14, 2009

Awak, Untuk Awak.


Kejayaan itu masih bukan milikku~


SAYA KATA : Awak, saya penat sangat. Saya penat menanti sebuah kejayaan yang tak muncul-muncul. Satu persatu, kegagalan demi kegagalan. Kalau sekali, saya masih boleh bertahan, tapi ini dah berkali-kali. Tiapkali keputusan keluar, saya pasti kecewa.


DIA KATA : Awak, kalau awak tak nak penat dengan kegagalan, awak mesti penat dengan kerajinan. Kalau awak letih, orang lain pun letih. Tapi ingat ini ;

Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu masih boleh mengharapkan dari pada Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan.
An-Nisaa' :104

Lagipun, Allah nak bagi awak pahala lebih. Kalau awak dah cemerlang, nanti awak tak belajar, awak banyak buat benda-benda tak berfaedah,kan? Dengan kegagalan, awak pasti usaha lebih. Kalau usaha lebih,Insya-Allah ganjaran pun lebih. Tapi awak jangan mengeluh.


SAYA KATA : Awak, kesian ibu bapa saya. Mereka pasti sedih. Mereka mestilah nak tengok saya berjaya. Saya pun nak! Tapi, bukan saya tak belajar, bukan saya tak usaha.DIA KATA : Ya, saya tahu awak dah belajar, awak dah usaha. Tapi awak betul-betul yakin ke yang usaha awak dah cukup untuk awak mengharapkan sebuah kejayaan. Awak ingat hanya dengan semua tu cukup ke untuk berjaya?

..."Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku."
Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.Az-Zumar : 49

Kejayaan itu bukan murah harganya. Awak kena bayar dengan pengorbanan yang nilainya tak terhitung. Awak tahu kan? Allah tengok usaha, natijah itu hanya ukuran manusia. Kalau awak benar ikhlas, awak tetap akan berusaha keras dan berstrategi walau apa jua keputusan yang awak terima.


SAYA KATA : Awak tahu tak, saya pernah terfikir nak berhenti setakat ini saja. Kadang-kadang saya rasa, putus asa itu yang terbaik, paling mudah. Saya tahu itu salah.DIA KATA : Awak, satu je saya nak pesan kat sini ;

..."Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali
orang-orang yang sesat."Al-Hijr : 56

Awak nak ke tergolong dalam golongan orang-orang sesat? Mestilah tak nak kan. So, never give up!


SAYA KATA : Awak, saya sering tertanya-tanya masihkah ada harapan untuk saya? Mampukah saya kecapi impian saya? Sehari demi sehari, keyakinan saya pada kejayaan makin pudar, makin malap.DIA KATA : Ish, awak ni. tanya pulak. Mestilah masih ada harapan. Kan nikmat Allah itu meluas. Tapi awak kena jadi orang yang bersyukur dulu.

..."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnyaazab-Ku sangat pedih."Ibrahim : 7

Allah pun dah janji, selepas susah pasti akan ada senang.

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Al-Insyirah : 5,6

Saya tahu awak dah tak yakin dengan diri awak. Awak dah serik nak membina impian sebab awak takut impian yang awak bina tu berkecai lagi,kan? Tapi ingatlah, Allah itu adil dalam setiap pengharapan.

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
Al-Baqarah : 214


SAYA KATA : Awak, saya cemburu sangat dengan mereka. Mereka yang sentiasa cemerlang. Mereka yang sentiasa dihadapan.DIA KATA : Awak janganlah cemburu dengan mereka. Kan Allah dah janji ;

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
An-Nisaa' : 32
Setiap orang, Allah dah tetapkan bahagian masing-masing. Untuk awak pun sama. Jangan khuatir. Allahkan Maha Tahu dalam percaturan hidup ini. Dia Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Maha segala-galanya.


SAYA KATA : Awak, awak tak faham perasaan saya. Mesti tak ada orang yang faham. Sebab mereka tak rasa apa yang saya rasa.DIA KATA : Apa pulak saya tak faham perasaan awaknya. Mestilah saya faham. Saya kan sebahagian dari awak. Tapi ada yang lagi faham dari saya, dan juga lagi faham dari awak. Dia sayang awak sangat. Dia tak pernah tinggalkan awak. Awak kena baik-baik dengan Dia. Apa yang Dia suruh, awak mesti buat, tau! Saya tahu, kebelakangan ni, awak banyak lupakan Dia.

..Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka...
At-Taubah : 67

Sebab tu awak gelisah.

...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram...Ar-Ra'd : 28


O.K..sekarang, awak janji dengan saya, awak mesti berubah! mesti!!! sebab ...

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Ar-Ra'd : 11


lapangkanlah dadaku,
dan mudahkanlah urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
agar mereka mengerti perkataanku.

ameen...

2 comments:

are-que said...

gambatte kudasai.!!!

nuramiliaz said...

gambatte neh!

arigato.. =)