Oct 5, 2015

~ Mawar Merah Yang Terakhir~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


Di penghujung musim itu
Kuntuman lain sudah mula layu
Tapi ada setangkai mawar merah
Mula mekar kembang malu-malu

Padahal, sekejap saja lagi
Musim bunga bakal berakhir

Ah, tidak mengapa
Jangan menyerah!
Musim bunga akan datang lagi

Musim bunga
Pasti datang lagi
Bersama momen kerinduan

..................................
Ps: Oh, juga maafkan aku
Hanya sempat merakam tulisan ini
Setelah semua kuntuman berguguran.

Kerna musim bunga
Tiada aku mengarang puisi.

Kerna musim bunga
Momen-momennya
Terlalu indah
Untuk aku baziri.


Spring 2013
Parkville

Sep 17, 2015

~ Atychiphobia~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Maka marilah (kita) menjadi lebih berani untuk
menemukan antara hal-hal yang baru dalam hidup.

Semoga makin cekap memaknai kehidupan,
lebih matang menguruskan emosi,
sabar dengan segala ketidaksempurnaan diri.

Kompleks.


Dear-self,
All the best!

Apr 2, 2015

~Gadis Pluviophile~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Hujan adalah sihir
Dan aku adalah pemujanya

Memerhati setiap titisnya
Menampakkan aku jiwa-jiwa yang redup

Menghayati setiap rintiknya
Mendengarkan aku suara alam yang merdu

Dan pada hujan juga
Aku temukan misteri

Misteri secarik emosi
Berbaur

Justeru, walau sendirian
Bersama hujan
Aku bisa menjadi aku yang paling aku
Juga aku yang paling bukan aku

Kerana aku seorang gadis pluviophile
Yang cintakan haruman petrichor

Jika kamu seperti aku, ayuh!
Lepaskan payungmu
Dan mari menari bersamaku.

Di bawah rintik dan titis ini
Kita cipta memori bersama.

:D

Jan 3, 2015

Dua Kosong Satu Lima

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Padanya,
Ada janji-janji yang perlu dilunaskan.

Moga saja dimudahkan.



03012015

Oct 6, 2014

~Dongeng~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Sudah.
Ke sini sayang, mari aku pesan.

Letakkan yang gelap-gelap di masa lepas.
Jangan takut kalau semuanya hitam atau putih sahaja.

Biarkan saja.
Kerna yang berwarna itu tidak semua indah ceritanya.

Begitu, bukan?

Teratak nenda,
2-AidilAdha

Oct 2, 2014

~Bingung~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Aku coret
Lalu aku gores
Aku coret kembali
Sebelum aku gores lagi.

Sulit. Sesulit emosiku.

Aku cuma mahu kata
'Aku. Suka. Kamu.'

Susah-kah?
YA, susah.

Walau jauh mana aku rasa sudah berhenti berharap
Takat mana sangatlah boleh aku pendam
Dan gumpal rindu kemas-kemas
Serta lempar sayang jauh-jauh.

Sering terbenam dalam pusaran yang  tak terfahamkan
Bagaimana harus aku letakkan noktah yang terakhir?

.


Menanti Bahagia,
Laman Seri