سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم
Aku coret
Lalu aku gores
Aku coret kembali
Sebelum aku gores lagi.
Sulit. Sesulit emosiku.
Aku cuma mahu kata
'Aku. Suka. Kamu.'
Susah-kah?
YA, susah.
Walau jauh mana aku rasa sudah berhenti berharap
Takat mana sangatlah boleh aku pendam
Dan gumpal rindu kemas-kemas
Serta lempar sayang jauh-jauh.
Sering terbenam dalam pusaran yang tak terfahamkan
Bagaimana harus aku letakkan noktah yang terakhir?
.

Menanti Bahagia,
Laman Seri
No comments:
Post a Comment