Apr 2, 2015

~Gadis Pluviophile~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Hujan adalah sihir
Dan aku adalah pemujanya

Memerhati setiap titisnya
Menampakkan aku jiwa-jiwa yang redup

Menghayati setiap rintiknya
Mendengarkan aku suara alam yang merdu

Dan pada hujan juga
Aku temukan misteri

Misteri secarik emosi
Berbaur

Justeru, walau sendirian
Bersama hujan
Aku bisa menjadi aku yang paling aku
Juga aku yang paling bukan aku

Kerana aku seorang gadis pluviophile
Yang cintakan haruman petrichor

Jika kamu seperti aku, ayuh!
Lepaskan payungmu
Dan mari menari bersamaku.

Di bawah rintik dan titis ini
Kita cipta memori bersama.

:D

3 comments:

muhammad thaqif said...
This comment has been removed by the author.
muhammad thaqif said...

Lulz

Anonymous said...

Thaqif, what was the comment that has been removed tu? I'm expecting more than "lulz" comment. haha