Apr 28, 2012

~Kuning~

  سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


Moga duduk bukan sekadar bantah,
Tapi duduk bisa bangkit dengan nilai tambah.

Moga duduk bukan sekadar bantah,
Tapi duduk untuk tidak terus diduduki.

Moga duduk bukan sekadar bantah,
Tapi duduk bersulam zikir dan fikir.

Dan di sini,
Aku juga duduk,
Tanpa dibantah.
:)

************

Tengok video
Tengok gambar.

Buat aku keliru.

Minda sudah lumpuh,
atau emosi jadi kian mandul.

Mahu senyum,
atau perlu menangis.

Hampir pada kejayaan,
atau menuju kebinasaan.

 Bertopeng kuning, hijau,
atau merah dan lain.

 Perlu memakai lencana lama,
atau gantikan saja dengan yang baru 

Melayan lagu-lagu hari esok,
atau dengar irama dendangan semalam

Mana satu?


Tapi yang pasti.
Aku kecewa!
 
Moga cerita ini
TAMMAT 
di sini



sampai bila harus begini?
Federation Square,
Bersih 3.0

Apr 25, 2012

~Lafaz Sepi~

 سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


 sepatah kata, sepotong doa 

berusaha aku membongkar rahsia takdir
menanti jawab-Nya yang masih belum hadir




 menggali makna,
Macarthur Road

Apr 24, 2012

~Fikir~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Sekeping foto di post ke wall Puan Mama. Lama tunggu namun tiada respon. Ragu-ragu lantas foto dipadam.

Handphone dicapai, pilih-pilih gambar, sent! Penerimanya Puan Mama dan Tuan Papa. Sekali lagi menunggu respon yang tidak kunjung tiba.

Panggilan dibuat, hello sikit-sikit, tanya khabar itu ini. Klimaks, sesi soal jawab bermula.

'Kenapa tak reply mesej?'


'Fikir'

'Fikir apa?'

'Fikir nak bagi ke tak'

'Habis, bagi ke tak?'

'Kalau kat sini (Malaysia) Papa bagi, tapi sebab kat sana tak boleh'

'Kenapa?'

'Nanti bahaya, orang pandang pelik, kena ban, .......'

'Ala, takdenya. Ramai je kat sini takde apa-apa. Okay je insyaAllah selamat'

'Itu orang. Takleh ikut orang'

'Hehehe'

'Kenapa gelak?'

'Sebab main-main je'

'Benda macam ni jangan buat main-main. Kalau nak, biar betul-betul. bla, bla, bla, bla......'

Panjang leter mereka. Atau lebih tepat nasihat. Fikir mereka sangat bernas. Hanya yang terbaik untuk anakanda semestinya.

"Maaf! Janji tak main-main lagi. Nanti kalau betul-betul serius Amy bagitahu. 
Atau mungkin time tu Amy dah kena minta izin dengan 'orang lain'." 
Okay, berangan!

Sah-sah kena leter panjang lagi kalau dialog atas ni wujud. :P

************

Tak sangka akan dimarah. (-_-") Sebab kalau dulu sembang begini mungkin mereka boleh gelak-gelak. Tapi sekarang, panjang fikir mereka. Mungkin kerana dulu mereka yakin bila soalan diaju, izin mereka yang didambakan. Sekarang mereka ragu, pertanyaan sekadar untuk minta pandangan bukan lagi boleh menghalang mahu, mungkin.


Anak kurang solehah,
Macarthur Road

Apr 2, 2012

~Oh, Lumrah!~


سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


Sejak dulu, sentiasa dikelilingi insan hebat. Sangat hebat. Kagum dengan mereka. Kadangkala cemburu.
Tapi cukupkah dengan sekadar itu?


Berlarilah lebih laju. Walau tika dingin beku membalut, walau tika hangat terik memancar.
Kejarlah. Supaya akhirnya bersama.


Walau bukan di sini, tapi mudah-mudahan di Sana kelak.



******


Usah berangan nak dapat hafiz 30 juzu'
andai diri tiada angan nak hafaz juz 30.

-_-"



yang memandu cemburu,
Macarthur Road.

Mar 31, 2012

~Post Balas~


سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


Jalan-jalan maya di sana. Terjumpa sesuatu yang berharga. Sangat!

Sebak. Sambil kenangan zaman muda-muda diputarkan berlegar di minda.

Rindu. Namun mustahil untuk berulang lagi.



Kata kamu,
'Sahabat itu karier sepanjang hayat. Tidak ada cuti mahupun MC.'




Ya, setuju! Kamu tidak pernah cuti dari menjadi seorang sahabat yang baik.
Dulu, kini, dan selamanya. Pasti!




Doa Rabithah dilagukan. Dan wajah kamu jelas terpancar.

'Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya'



kudambakan tika ini
sepasang kepak ajaib
bawaku terbang ke sana
mengulit kenangan indah bersama.




untuk post itu,
terima kasih, kamu!


walau mungkin kamu belum pernah singgah di sini. :)

Mar 29, 2012

~Risalah Perantau~


سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Gadis kecil terus berkolek
Melabuh sampan di muara damai

Curahkan gusar
pada sirat akar merimbun
Gugurkan resah
pada kilas angin mendesir
Lemparkan buncah
pada air yang berkocak
Leraikan kusut
pada sapa unggas berbisik

Menafikan kosong lohong bolong
di jiwa

Dicampakkan sepi ke daerah silam
Ditemukan dengan wajah masa lalu
Menarikan memori seiring kenangan
Cerita semalam yang tiada akhir

Rintik hujan menyanyikan
Kisah sulit yang digapai
Kisah duka yang diharungi
Kisah perit yang dilalui
Semusim pancaroba

***

Tuhan! Tuhan! Tuhan!
Tersentak
Gementar jiwa tika nama Satu diseru
Setelah sekian lama diresap angkuh
Menidakkan segala asrar-Mu
Menjauh dari jendela huda-Mu

Dan kini, di sini
Tatkala dermaga kian menua




Terima kasih, Tuhan.