Apr 24, 2012

~Fikir~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Sekeping foto di post ke wall Puan Mama. Lama tunggu namun tiada respon. Ragu-ragu lantas foto dipadam.

Handphone dicapai, pilih-pilih gambar, sent! Penerimanya Puan Mama dan Tuan Papa. Sekali lagi menunggu respon yang tidak kunjung tiba.

Panggilan dibuat, hello sikit-sikit, tanya khabar itu ini. Klimaks, sesi soal jawab bermula.

'Kenapa tak reply mesej?'


'Fikir'

'Fikir apa?'

'Fikir nak bagi ke tak'

'Habis, bagi ke tak?'

'Kalau kat sini (Malaysia) Papa bagi, tapi sebab kat sana tak boleh'

'Kenapa?'

'Nanti bahaya, orang pandang pelik, kena ban, .......'

'Ala, takdenya. Ramai je kat sini takde apa-apa. Okay je insyaAllah selamat'

'Itu orang. Takleh ikut orang'

'Hehehe'

'Kenapa gelak?'

'Sebab main-main je'

'Benda macam ni jangan buat main-main. Kalau nak, biar betul-betul. bla, bla, bla, bla......'

Panjang leter mereka. Atau lebih tepat nasihat. Fikir mereka sangat bernas. Hanya yang terbaik untuk anakanda semestinya.

"Maaf! Janji tak main-main lagi. Nanti kalau betul-betul serius Amy bagitahu. 
Atau mungkin time tu Amy dah kena minta izin dengan 'orang lain'." 
Okay, berangan!

Sah-sah kena leter panjang lagi kalau dialog atas ni wujud. :P

************

Tak sangka akan dimarah. (-_-") Sebab kalau dulu sembang begini mungkin mereka boleh gelak-gelak. Tapi sekarang, panjang fikir mereka. Mungkin kerana dulu mereka yakin bila soalan diaju, izin mereka yang didambakan. Sekarang mereka ragu, pertanyaan sekadar untuk minta pandangan bukan lagi boleh menghalang mahu, mungkin.


Anak kurang solehah,
Macarthur Road

2 comments:

INTAN said...

oh my, dear fren.

semoga yang terbaik. dan lebih utama biarkan niat itu penentunya.

cumanya, 'hijab' batin itu perlu seharusnya lebih mengatasi 'hijab' lahir~

=)

nuramiliaz said...

oh kakak! itu sekadar gurau senda semata. belum mampu untuk serius.

terima kasih untuk doanya. buat kamu juga insyaAllah :)

yosh! dua2 hijab; lahir dan batin masih penuh compangnya..malu -_-'