سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم
Papa Mama,
Sepulangnya dari kelas, singgah
melepaskan penat 'bersilat' di minggu-minggu akhir penghujung semester di park
berdekatan Pelham.
Sambil duduk-duduk di atas
buaian yang disediakan di taman permainan mini, mata dipejam rapat-rapat
menikmati angin di musim dingin. Seketika, hilang segala buncah di pundak. Buaian
perlahan-lahan terhayun. Terasa ada tangan yang menolak. Kubiarkan rasa itu.
Terus dan terus. Tangan itu menghayun. Makin lama makin laju. Bibir meguntum
senyum panjang.
Mata masih dipejam. Tangan itu masih
setia menghayun. Hadir suara riang gelak ketawa entah dari mana. Memecah sunyi.
Minda ligat berputar. Berusaha menyelaraskan detik ini dengan memori
lampau.
... dan datang seorang ayah, menghayun
buaian anaknya di sebelahku ...
****************
Oh.
Sungguh aku rindukan dia.
Dia,
sewaktu
aku masih di bangku sekolah
bantu
aku siapkan lukisan seni
potong
kuku aku setiap hari Jumaat
pujuk
aku yang suka merajuk
ejek
aku tika aku serius membebel
pukul
aku yang nakal dengan rotan panjang
bawa
ke pasar malam tiap Rabu
selalu
dimarah bila minta izin mandi hujan
bonceng
aku ke sekolah, kelas malam
pura-pura
tinggalkan aku bila lambat bersiap
hadiahkan
aku jam 'sebab-jadi-anak-baik'
cuci
kereta main air bersama yang lain
hantar
pencil box yang tertinggal waktu exam
berikan aku hadiah setiap kali cemerlang periksa akhir tahun
Oh,
sungguh masa bergerak pantas
sedekad
lalu, yang sentiasa dalam ingatan
Dan
dia,
saat
aku meningkat dewasa
masih
pimpin tangan aku ketika lintas jalan
masih
jadi driver ke mana saja mahu aku pergi
masih
layan kerenah aku yang macam-macam
masih
pusing-pusing pasar cari manggis walau bukan musimnya
masih
romantik luahkan sayang pada aku
masih
pujuk dengan hikmah tika kadang-kadang aku termerajuk
masih
usaha kuat tunaikan apa yang aku idam
masih
pesan aku itu ini macam-macam
masih
ingat aku anak kecil. :)
dan
ENGKAU akan sentiasa
PAPA
yang aku sayang
dulu,
kini dan selamanya.
Papa Mama,
nak balik! :P
3 comments:
Seandainya kamu dapat menyelami hati seorang ayah yang bernama PAPA ini
kamu akan amat bersyukur
kerana PAPA akan sentiasa memberi segala yang ada untuk anak2nya walau pun nasi yang hampir masuk ke mulutnya sendiri..Kasih kepada anak2 melebihi segalanya walaupun tidak di minta balasan...
Hanya satu permintaan, semoga sedekah lah ayat2 suci al quran seandainya PAPA mu pergi meninggalkan kamu semua dan harapan anak2 menjadi insan yang soleh dan solehah moga2 kita dapat bertaut kembali di alam sana
Amin...
amin...
amin...
sesungguhnya wahai anak
kasih papa itu sentiasa bertaut
seiring kasih mama
jangan diragu kasih itu
walau sebanyak mana dibahagikan
ianyan masih tetap baercambah
dan ingat
kamu semua
tak akan kemarau
oleh kasih itu......
T_T
Post a Comment