Apr 13, 2009

SEDIKIT TERUBAT


Alhamdulillah, walau hanya cuti hujung minggu yang tidak sampai 2 hari dan dipenuhi dengan homework yang bertimbun banyaknya, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk mengharungi 8 jam perjalanan pulang ke kampung halaman setelah 4 bulan meninggalkannya. Jika tidak dicuri masa ini, agaknya bulan Jun baru saya pulang. Itupun hanya untuk seminggu.

Peluang pulang ke kampung ini saya manfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Seronok, bahagia, gembira..
Tidak sabar untuk pulang lagi..


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

At-Taubah : 24

Apr 8, 2009

BERTEMU

Alhamdulillah, weekend minggu lepas diberi kesempatan untuk bersama dengan beberapa sahabat yang menuntut di KDU. Kebetulan, mereka ada test sepanjang minggu tersebut. So, saya terperangkaplah dalam kesibukan mereka membuat persediaan. Jam 4.00 pagi, masih meriah suara mereka.

Begitulah adat sebagai pelajar. Jangan pernah kenal erti sakit, erti penat dalam menuntut ilmu. Memang kekadang serabut, tertekan, gelisah, jiwa tak tenang ...Bimbang., masih banyak yang tak dibaca, masih banyak persoalan yang tak terjawab, masih banyak yang belum difahami ... Kadang cemburu melihat mereka yang seolah-olah begitu 'cool' dalam mengulangkaji, tapi result mereka tetap gempak... Mengapa ye?

Makin hampir dengan saat imtihan, makin macam-macam bermain di minda, yang kadang menyebabkan diri terasa lemah, tak berdaya, putus asa.. Tapi, kagum, disaat diri terasa hampir jatuh terduduk, ada yang datang memujuk. Pujuk bukan sebarang pujuk. Pujuk dari Yang Maha Pemujuk.



... janganlah kamu irihati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada yang lain ...
an-nisa' : 32

... jika kamu menderita kesakitan, mereka juga menderita kesakitan. Tapi kamu masih boleh mengharap Allah ...
an-nisa' : 104


Sungguh, Al-Quran itu surat cinta dari Yang Maha Pencinta. Dikala diri terasa jauh, bacalah, hayatilah,fahamilah, selamilah Surat Cinta itu. Pasti anda tidak akan kecewa. Pasti anda akan ketemu jawapan. Jawapan azimat dari-Nya.
wallahu'alam

Apr 4, 2009

5 S



Sekadar peringatan buat diri sendiri yang alpa..

Sewaktu usrah dahulu, saya pernah diajarkan tentang 5 S yang mesti diamalkan. 5 S itu ialah senyum, salam, sopan, santun, dan simpuh.

Saya juga pernah diajarkan untuk jauhi 5 S yang diserap masuk oleh yahudi untuk menjatuhkan aqidah muslim. 5 S; Shirt, show/screen, song, sport, sex.

Rasa-rasanya 5 S mana yang menang dalam pengamalan kita? Sekadar persoalan untuk dijawab oleh cik hati.

Renung-renungkan dan selamat beramal~

... maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan ...
Al-Baqarah ; 148

Apr 3, 2009

KELIRU


Sudah sekelian lama aku dibelenggu kekeliruan. dan sedang dibelenggu. dan semakin keliru. dan mungkin akan terus diburu keliru. aku penat dengan kekeliruan ini. aku mahu keluar dari kekeliruan yang mengelirukan ini.


Ya ALLAH, bantulah aku..