May 14, 2012

~Tentang Cinta Mama~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


Wahnan a'la wahnin
Engkau kandungkan aku
Mungkin hidup mungkin mati

Wahnan a'la wahnin
Engkau keluarkan aku dari rahimmu
Bawa aku tuju pada Rahim-Nya

Wahnan a'la wahnin
Setiap titik susu dari darahmu
Walau itu tidakkan mampu kubalas

Wahnan a'la wahnin
Engkau dodoikan aku kala bayi mungil 
Engkau kendong aku tidak terlepas

Wahnan a'la wahnin
Dari buaian aku dihayun
Hingga dewasa aku terbuai

Wahnan a'la wahnin
Dibelai aku dipimpin aku sekian lama
Tapi kini jauh aku dari pangkuanmu

Wahnan a'la wahnin
Engkau bibik engkau juga supir
Semata untuk bangunkan ruang jaya diriku

Wahnan a'la wahnin
Keringat peluh dan luah keluh 
Kupohon yang terbaik limpah dari-Nya

Wahnan a'la wahnin
Setiap jenuh dan sendu
Maafkan aku atas segalanya

Wahnan a'la wahnin
Sepi menyapa atau tawa menerpa
Tabah engkau melayan kerenah pelbagai

Wahnan a'la wahnin
Mohon tiada engkau terguris
Andai lidah tak bertulangku bawa duka

Wahnan a'la wahnin
Perangai, akhlak, juga budiku
Moga bawa bahagia tidak derita 

Wahnan a'la wahnin
Harapnya bila aku disebut anakmu
Engkau bangga bukan kecewa

Wahnan a'la wahnin
Dari engkau aku belajar kenal cinta
Kerana engkau juga aku kenal Cinta

Wahnan a'la wahnin 
Redhamu kudamba untuk raih redha Ilahi
Cercamu semahu mungkin kumohon jauh

Wahnan a'la wahnin
Aku anak pernah derhaka
Izinkan mendatang hanya solehah

Wahnan a'la wahnin
Saat aku menyedari aku kian dewasa
Aku juga tersedar engkau tidak lagi muda

Wahnan a'la wahnin
Detik aku mengerti betapa sukar beban hadir seiring panggilan 'Mama'
Syurga aku telah beralih pada 'si dia'

Wahnan a'la wahnin
Semoga cintamu turut diminati pendampingku
Supaya aku bisa menjagamu semampuku

Wahnan a'la wahnin
Ingin aku jadi sepertimu
.MAMA.




“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang
 ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, 
hanya kepada-Akulah kembalimu.”
(Luqman :14)









Ya Allah...
hadirkanlah Mama (dan Papa) dalam mimpiku, 
agar bisa aku cium telapak kakinya...




puisi buat Mama (dan Papa),
yang kutinggalkan dia 
nun di desa sana.

5 comments:

Hallim said...

cinta buat papa mana. kasian tuh papa
hehehe
visite my blog too
cerita dan tips dala menjalin hubungan yang islami

fatmah hj mohd khalid said...

tiada ucapan kata
tiada keluhan rasa
tiada rindu di kalbu
yang dapat mama
titipkan
...terima kasih sekalung jiwa
atas ingatan
tanda kasih tanda sayang
semuga doa pohonan mama
bisa memberi ruang berteduh
ketika panas
membaham diri.....


...mama..

zainudin said...

hahaha...dimana tempatmu papa
sekadar bertenggek di beranda pengorbanan mu beralih pada bonda
walau peluh kau curah berganda
namun nama mu sekadar ada
cuma tidak di lupa begitu sahaja

kesian nya PAPA

ibumu
ibumu
ibumu
ayahmu

nuramiliaz said...

Hallim, insyaAllah will do.

Mama, chewaaah.. ^_^

Papa, alololo sedihnya.. dah ada special post for u. :)

fatmahkhalid said...

walaupun ianya sekadar recycle,
mama masih terkedu seketika,
kerana ingatan yg masih ada,
buat mama yg pantasnya
hanya mampu berdoa ,
untuk anak-anak,
walau di mana pun mereka ...walauapapun mahunya...
semoga berjaya dan sejahtera sentiasa...