Dec 20, 2013

~ Kriminal Cinta (?)~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Kenangan menderu di minda
Pengganti kata, menoktah kalam
Banyak yang terungkap
Sekadar tersekat dalam nubari

Hari ini
Cuba aku biarkan semua mengalir

Kisah semalam yang tergores khas
Tersemat kemas dipacu waktu
Kisah sebuah masa lalu
Pasti tak mudah terlerai begitu

Ada cinta yang tercedera
Butuh rawatan sesegeranya
Ada hati yang pedih perit
Ditusuk rasa yang zahirnya tiada

Hari ini
Kisah itu hanya saja episod masa lampau

Sebelum aku berterima kasih
Pada segala yang memberikanku kehidupan
Sebelum aku berterima kasih
Pada tindakan bijaksana yang dipilih

Hari ini
Episod baru telah menjengah

Andai aku menangis
Teresak aku sambil terketawa
Andai itu sebuah penyesalan
Kesal itu memori manis
Andai wujud rasa tersiksa
Bukanlah ia rasa yang sia-sia

Kerna
Sekurangya - untuk aku
Buat aku mengerti
Tentang CHENTA

Dan untuk kamu
Jadilah pencinta yang Hebat!
Moga cerita masa belakang
Tidak bersembunyi di masa depan

Usah rasa serik
Usah pernah gusar
Dengan karma ciptaan mereka
Andai kau yakin
Bahawa kau pejuang cinta

Sebelum takdir menjalankan tugas
Aku hembuskan doa
Semoga bahagia mengekorimu
Sering dan selalu.

Selamat
Berbahagia
(!)


Dalam bisu tutur kita
19 Disember 2013
Windsor