Oct 6, 2014

~Dongeng~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Sudah.
Ke sini sayang, mari aku pesan.

Letakkan yang gelap-gelap di masa lepas.
Jangan takut kalau semuanya hitam atau putih sahaja.

Biarkan saja.
Kerna yang berwarna itu tidak semua indah ceritanya.

Begitu, bukan?

Teratak nenda,
2-AidilAdha

Oct 2, 2014

~Bingung~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Aku coret
Lalu aku gores
Aku coret kembali
Sebelum aku gores lagi.

Sulit. Sesulit emosiku.

Aku cuma mahu kata
'Aku. Suka. Kamu.'

Susah-kah?
YA, susah.

Walau jauh mana aku rasa sudah berhenti berharap
Takat mana sangatlah boleh aku pendam
Dan gumpal rindu kemas-kemas
Serta lempar sayang jauh-jauh.

Sering terbenam dalam pusaran yang  tak terfahamkan
Bagaimana harus aku letakkan noktah yang terakhir?

.


Menanti Bahagia,
Laman Seri

Jul 31, 2014

~Emosi Terbotol~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم



Untuk menjadi wanita yang kebas emosi itu, tidak mudah pasti. 



Moga tiada nokhtah,
Momen Hening Syawal

Apr 23, 2014

~Terkunci~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Bila akan tiba
Saat harapan
Bukan lagi harapan?

-

Bila harapan
Sudah mampu
Jadi kenangan.

-

Mungkin.

Apr 15, 2014

~Senyum~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم

Dengan memori yang terbekal
Sudah patut sangat untuk dewasa.

Dewasa
Bersama kematangan hendaknya.

Alhamdulillah
Untuk segala-galanya.


:) :) :)