bukan tidak mahu amat inginkan tapi halang itu wujud tanpa pinta.
Penantian satu penyeksaan dan lebih menyeksakan apabila apa yang dinantikan tidak kunjung tiba.
Walau apapun, Alhamdulillah.
Tipu kalau kukatakan tidak sedih. Kecewa amat. Jalur kedukaan ini terlalu pedih bagiku insan lemah.
Melihat mereka yang dulu bersama, bakal pergi meninggalkanku jauh. Tahniah buat mereka. Dan terima kasih juga atas kenangan yang telah kita kongsi bersama. Sungguh seronok bersama mereka. Terutamanya Class Eng 2 yang ceria, ahli rumah 65 yang bingit dan juga mereka yang sentiasa membantu Terselit juga sedikit cemburu tapi disana bukan tempatku dan pasti terbentang yang lebih baik untukku disini.
Yang paling kusedihkan ialah harapan ibu bapaku telah berkecai.
"Maafkanku."
Kusedar, saat kegagalan ini adalah saat di mana Allah berbicara denganku. Ada suara yang berbisik di nuraniku ketika aku dalam kekalahan.
Ya Allah, ampunkan aku, terlalu banyak aku melupakan-Mu. Terlalu banyak dosaku pada-Mu juga pada makhluk-Mu.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik. Aku mengimani bahawa setiap aturan-Nya tiada yang sia-sia. Ujian itu untukku kerna Allah Maha Mengetahui bahawa aku mampu menanggungnya. Tambahan, Allah itu Maha Adil. Dia Maha Adil dalam mengukur nilai usahaku yang masih belum layak untuk sebuah kejayaan, kejayaan yang diidam-idamkan. Dan mudah-mudahan Dia mahu menambahkan cintaku pada-Nya dengan ujian ini.
Aku tidak mahu sedih lagi. Aku tidak mahu begini lagi. Ya, aku perlu bangun semula! Usah lemah disini. Itu amatlah rugi.
Yakinlah, Allah telah tetapkan yang lebih baik buatmu! =)
Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri Tanpa sedar dan penuh lalai Usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan
Mengembara mencari dunia hakiki Tiada jumpa arah yang sejati Tiada pembimbing penunjuk jalan yg suci Hidup terumbang-ambing sendiri.. sendiri
Tuhanku dengarlah bicara hati ini Dariku insan yang sering tersisih Di lautan penuh dosa dan noda Demi mencari secebis kasih-Mu
Tuhanku tangan ini menadah sayu Keampunan di perjalanan jauh Semoga diterima di sisi-Mu Sebagai bekalan negeri abadi
Menempuh sayu perjalanan pahit Dalam kembara mencari diri Mengharap sinar terangi hati Yang sekian lama menutup jiwa... Yang sekian lama menutup jiwa...
Kini, lagu ini berada dalam carta pertama pilihanku. Setelah 4 tahun, baru sekarang terasa zauknya,amat.
Sedang dilanda keripuhan semusim imtihan. Final Exam (TEE) yang bakal menentukan hala tuju perjuangan seterusnya.
Adakah ruang untukku di sana atau Dia telah sediakan yang terbaik untukku di sini. Wallahua'alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Jika kerna usaha yang terlalu minima, tidak salayaknya untuk aku mengharapkan kejayaan itu. Tapi Allah itu Maha Hebat dengan merahsiakan segala aturan-Nya.
Sesungguhnya dengan rahsia rezeki-Nya, yang tiada seorang pun dapat mencuri lihat masa depan, yang tiada siapa ketahui apa yang terhidang untuk mereka di hari muka, menjadikan kita hamba yang senantiasa ingin berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Sukar untuk mengalah walau pernah kalah sebelum betul-betul pasti apa yang diterima.
Buat sahabat-sahabat yang bersama dalam perjuangan menuntut ilmu, teruskan berusaha semaksimum mungkin. Tapi beringatlah, usah berpegang bahawa kejayaan itu kerna usaha anda semata-mata. Berdoa dan bertawakallah pada-Nya. Dia pasti akan hadirkan yang terbaik buat mereka yang menyerahkan segala pada-Nya.
Sudah masuk hari ke-9 Syawal, agak terlewat mengucapkan salam aidilfitri buat semua.
Sedang teman-teman yang lain telah lama menyahut seruan ilmu, saya masih bertapak di kampung halaman sebelum meneruskan proses menakluk daerah ilmu di Bandar Utama.
Membayangkan baki-baki kehidupan yang akan diteruskan di sana, tentunya menjanjikan kesibukan yang pasti tidak terperi. Bersediakah sudah?
Sebaik memulakan kelas, sajian 'homework raya' pasti menjadi ganti kepada kuih raya.
Pejam celik, pejam celik, AUSMAT sudah hampir melabuhkan tirainya. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Layak atau tidak untuk terus meluaskan taklukan empayar ilmu di bumi Kangaroo, hanya Dia yang tahu. Penilaian itu milik-Nya sedang usaha perlu dimaksimumkan.
Perjalanan yang dilalui sebagai student KBU banyak mengajarku.
Kadang jatuh terduduk,terjelepuk. Terima kasih kepada yang sentiasa memimpin tangan ini untuk kembali bangkit berdiri dan terus berlari.
Tarbiah Allah dimana-mana. Meluas. Tiada bersempadan.
Percaturan hidup penuh misteri. Tiada perlu untuk kita tahu apa dipenghujungnya kerna yang rahsia sukar dan mungkin tidak akan dibongkarkan,
namun yang penting perlu kita tahu, bagaimana untuk tiba ke penghujung dengan selamat dan yang demikian itu pasti sudah sedia terpampang. Hanya perlu melangkah berpandukan Peta dan Kompas yang terkadang atau mungkin acapkali dilupakan kewujudannya.