Sep 28, 2009

'Merdeka!!'_syaitan_

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

syaitan dah abes cuti...

SALAM AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Sudah masuk hari ke-9 Syawal, agak terlewat mengucapkan salam aidilfitri buat semua.

Sedang teman-teman yang lain telah lama menyahut seruan ilmu, saya masih bertapak di kampung halaman sebelum meneruskan proses menakluk daerah ilmu di Bandar Utama.

Membayangkan baki-baki kehidupan yang akan diteruskan di sana, tentunya menjanjikan kesibukan yang pasti tidak terperi. Bersediakah sudah?
Sebaik memulakan kelas, sajian 'homework raya' pasti menjadi ganti kepada kuih raya.

Pejam celik, pejam celik, AUSMAT sudah hampir melabuhkan tirainya. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Layak atau tidak untuk terus meluaskan taklukan empayar ilmu di bumi Kangaroo, hanya Dia yang tahu. Penilaian itu milik-Nya sedang usaha perlu dimaksimumkan.

Perjalanan yang dilalui sebagai student KBU banyak mengajarku.

Kadang jatuh terduduk,terjelepuk. Terima kasih kepada yang sentiasa memimpin tangan ini untuk kembali bangkit berdiri dan terus berlari.

Tarbiah Allah dimana-mana. Meluas. Tiada bersempadan.

Percaturan hidup penuh misteri. Tiada perlu untuk kita tahu apa dipenghujungnya kerna yang rahsia sukar dan mungkin tidak akan dibongkarkan,
namun yang penting perlu kita tahu, bagaimana untuk tiba ke penghujung dengan selamat dan yang demikian itu pasti sudah sedia terpampang. Hanya perlu melangkah berpandukan Peta dan Kompas yang terkadang atau mungkin acapkali dilupakan kewujudannya.


~telusuri maknawi menjejak hakiki~
_eksplorasi_

No comments: