Nov 8, 2009

~Disebalik Rahsia~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar




Setelah sekian lama tidak mencoret.

Sedang dilanda keripuhan semusim imtihan. Final Exam (TEE) yang bakal menentukan hala tuju perjuangan seterusnya.
Adakah ruang untukku di sana atau Dia telah sediakan yang terbaik untukku di sini. Wallahua'alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Jika kerna usaha yang terlalu minima, tidak salayaknya untuk aku mengharapkan kejayaan itu. Tapi Allah itu Maha Hebat dengan merahsiakan segala aturan-Nya.

Sesungguhnya dengan rahsia rezeki-Nya, yang tiada seorang pun dapat mencuri lihat masa depan, yang tiada siapa ketahui apa yang terhidang untuk mereka di hari muka, menjadikan kita hamba yang senantiasa ingin berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Sukar untuk mengalah walau pernah kalah sebelum betul-betul pasti apa yang diterima.

Buat sahabat-sahabat yang bersama dalam perjuangan menuntut ilmu, teruskan berusaha semaksimum mungkin. Tapi beringatlah, usah berpegang bahawa kejayaan itu kerna usaha anda semata-mata. Berdoa dan bertawakallah pada-Nya. Dia pasti akan hadirkan yang terbaik buat mereka yang menyerahkan segala pada-Nya.

~ragu makin menghampir
pabila keyakinan kian menjauh~

3 comments:

megaa said...

thiqah billah.
:)

di setiap sebalik rahsia itu ada hikmahnya.kan?insyaAllah.

moga amy dikurniakan kejayaan y hakiki.

study hard.jaga kesihatan.doakan kite sama.tgh exam gak kat sini.

mahir said...

amy..maa taufiq wannajah.. iAllah,, amy bleh! :)

nuramiliaz said...

thankz dayah, maher..
iAllah.. =)