Jul 10, 2009

TERPERANGKAPKAH ?


Mengapa sukar benar untuk diriku bertapak dalam gelanggang ini. Mengapa?
Bukankah aku tahu yang salah itu sememangnya salah dan akan tetap salah. Bukankah?
Aku tidak mahu selamanya begini. Tidak mahu!
Bantulah aku keluar dari sini. Bantulah!
Mengertikah?
Tidak??!!


Hampa ...


~mungkin hanya mereka yang alami mampu selami, itupun jika mereka cuba untuk memahami ~

Jun 30, 2009

MENGAPA?


Sudah lama tidak mencoret. Sedikit sibuk ditambah dengan keadaan internet yang tidak berapa mengizinkan.

Sekarang jiwa keliru, celaru.
Tidak keruan, hilang tujuan.
Serba tak kena, serba tak terlaksana.
Sering ingkar, mungkar.
Entah.


~Rindukan hari-hari kelmarin~
Pulanglah, kelmarin ... kurayu

May 6, 2009

CINTA~



buatmu sahabat;
muslimah solehah
harapan ummah

perasaan itu memang fitrah
menjadi lumrah
namun kekadang menjadi fitnah
yang tidak berkesudah

yakinlah pada Cinta-Nya yang lagi indah
bukan cinta si dia yang menyinggah

sedarlah, itu hanya helah
si iblis yang ghairah
agar kita berubah
membantah akan perintah.

semoga dirimu jauh dari resah
terbuang dari gelisah
jua terpelihara hatimu agar tidak punah

segala kudrat mesti dikerah
pastikan terhindar menjadi parah
tidak merebak menjadi barah

jangan sesekali mengalah
nanti syaitan ketawa berdekah
usah keluh-kesah
jadikan zikrullah sebagai juadah .

kata Allah
yang soleh untuk yang solehah

bukan mudah tapi tidak susah
ayuh berusahalah
mahabbah dan mawaddah
adalah anugerah dan rahmah
kita hanya mampu berserah
percaya pada janji Allah

Insya-Allah
teruskan mujahadah wahai mujahidah
moga hidupmu peroleh barakah
jua punya tempat di Al-Jannah

pengemislaila

teman,ku tidak tahu bagaimana untuk berbicara denganmu tentang soal ini.
bukan engkau tidak tahu, malah engkau yang sering memberitahu.
bantulah dirimu sekarang kerna aku butuh bantuanmu kelak.

May 1, 2009

PEJUANGKAH ?


Aku tidak layak digelar pejuang
yang cekal tabah terbang
berjuang di medan perang

Aku hanyalah insan terbuang
dicampak di medan gersang
yang tidak lari dari yang terlarang
giat si syaitan bersarang
maksiat noda tak pernah lekang
sebagai juadah enak terhidang

Jiwa berkecamuk pincang
amukan perasaan berombak kencang
hati sentiasa diserang
dek nafsu jahat menyerbu datang

Minda positif terbang melayang
amal baik kian jarang
hubungan dengan-Nya semakin renggang
cinta pada ibadah makin kurang
kebajikan tinggal tempang
dunia durjana sentiasa terbayang

Kejahatan di depan mata sudah terpampang
amat nyata lagi terang
namun kerna iman sudah kejang
virus hati mula menunjukkan belang

Janji-janji dulu yang dipegang
kini terasa tegang

Sayang seribu kali sayang
tembok iman yang dulunya menjadi palang
jua telah terasa bahang

Aku bimbang
jalan itu masih panjang ...

Kuharap sepalit ilmu mampu beraksi sebagai pedang
secebis amal mampu jadi penghadang

Aku mahu pulang
pulang sebelum tumbang
pulang sebagai pejuang !!!

pengemislaila
13.09.08

Apr 13, 2009

SEDIKIT TERUBAT


Alhamdulillah, walau hanya cuti hujung minggu yang tidak sampai 2 hari dan dipenuhi dengan homework yang bertimbun banyaknya, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk mengharungi 8 jam perjalanan pulang ke kampung halaman setelah 4 bulan meninggalkannya. Jika tidak dicuri masa ini, agaknya bulan Jun baru saya pulang. Itupun hanya untuk seminggu.

Peluang pulang ke kampung ini saya manfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Seronok, bahagia, gembira..
Tidak sabar untuk pulang lagi..


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

At-Taubah : 24

Apr 8, 2009

BERTEMU

Alhamdulillah, weekend minggu lepas diberi kesempatan untuk bersama dengan beberapa sahabat yang menuntut di KDU. Kebetulan, mereka ada test sepanjang minggu tersebut. So, saya terperangkaplah dalam kesibukan mereka membuat persediaan. Jam 4.00 pagi, masih meriah suara mereka.

Begitulah adat sebagai pelajar. Jangan pernah kenal erti sakit, erti penat dalam menuntut ilmu. Memang kekadang serabut, tertekan, gelisah, jiwa tak tenang ...Bimbang., masih banyak yang tak dibaca, masih banyak persoalan yang tak terjawab, masih banyak yang belum difahami ... Kadang cemburu melihat mereka yang seolah-olah begitu 'cool' dalam mengulangkaji, tapi result mereka tetap gempak... Mengapa ye?

Makin hampir dengan saat imtihan, makin macam-macam bermain di minda, yang kadang menyebabkan diri terasa lemah, tak berdaya, putus asa.. Tapi, kagum, disaat diri terasa hampir jatuh terduduk, ada yang datang memujuk. Pujuk bukan sebarang pujuk. Pujuk dari Yang Maha Pemujuk.



... janganlah kamu irihati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada yang lain ...
an-nisa' : 32

... jika kamu menderita kesakitan, mereka juga menderita kesakitan. Tapi kamu masih boleh mengharap Allah ...
an-nisa' : 104


Sungguh, Al-Quran itu surat cinta dari Yang Maha Pencinta. Dikala diri terasa jauh, bacalah, hayatilah,fahamilah, selamilah Surat Cinta itu. Pasti anda tidak akan kecewa. Pasti anda akan ketemu jawapan. Jawapan azimat dari-Nya.
wallahu'alam