Apr 4, 2009

5 S



Sekadar peringatan buat diri sendiri yang alpa..

Sewaktu usrah dahulu, saya pernah diajarkan tentang 5 S yang mesti diamalkan. 5 S itu ialah senyum, salam, sopan, santun, dan simpuh.

Saya juga pernah diajarkan untuk jauhi 5 S yang diserap masuk oleh yahudi untuk menjatuhkan aqidah muslim. 5 S; Shirt, show/screen, song, sport, sex.

Rasa-rasanya 5 S mana yang menang dalam pengamalan kita? Sekadar persoalan untuk dijawab oleh cik hati.

Renung-renungkan dan selamat beramal~

... maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan ...
Al-Baqarah ; 148

Apr 3, 2009

KELIRU


Sudah sekelian lama aku dibelenggu kekeliruan. dan sedang dibelenggu. dan semakin keliru. dan mungkin akan terus diburu keliru. aku penat dengan kekeliruan ini. aku mahu keluar dari kekeliruan yang mengelirukan ini.


Ya ALLAH, bantulah aku..

Mar 23, 2009

LUGHOH

Sudah lebih kurang 2 tahun tinggalkan bahasa Arab ; lughotul a'rabiah,lughotul quran,lughotul jannah. Sekarang rindu pada bahasa itu memuncak-muncak. Cemburu pada sahabat-sahabat yang belajar jauh nun di bumi Mesir dan Jordan. Kalian punya skill berbahasa Arab mesti mantap kan sekarang?

Baru-baru ini saya dapat kawan baru, dari Syria. Usianya baru mencecah 20 tahun, tapi sudah punya anak berumur hampir 2 tahun. Subhanallah.. Kagum saya padanya. Dikala usia ini, tanggungjawab sebagai anak juga masih belum sempurna tapi dia sudah memikul tanggungjawab seorang isteri dan ibu. Bersembang dengan ukht Fidya lah menyedarkan saya, rupa-rupanya dah banyak karat pada memori lughoh saya. asif ya ustazah. Rindu juga pada ustazah.

Insya-Allah, jika diberi kesempatan saya akan belajar Bahasa Arab semula.

*sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran berbahasa Arab,agar kamu mengerti *
surah Yusuf : 2

Feb 28, 2009

UJIAN ITU TARBIAH

Buat diriku..
bersabarlah
bukan itu yang kau pinta
bukan jua itu yang kau minta
tapi ketahuilah
pasti
pasti
pasti
akan ada hikmah disebaliknya

buat diriku..
sedarlah
engkau hanya hamba
sememangnya
selayaknya
diuji dan terus diuji
agar engkau tidak terus terleka
tidak dibiarkan terlupa

buat diriku..
ingatlah
ujian itu belaian
dari Sang Pencipta
Dia sentiasa bersamamu

buat diriku..
ketahuilah
tiada apa yang terbaik
daripada apa yang telah berlaku

nafza

wahai orang-orang beriman! bersabar dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
Al-Imran : 200

Jan 11, 2009

INSAFLAH WAHAI DIRI


Wahai diri
yang masih tak sedar diri
berlagak seperti bidadari
ke mana mahu pergi.?
iman semakin lari
maksiat pula datang ke mari
amal yg dulu kononnya b'lori-lori
kini simpan dalam almari
yang baik-baik semua dah dicuri
nafsu pula semakin berseri
dengan layanan yang diberi
tak cukup dengan tari-menari
banyak lagi yang tak terperi
dari hari ke hari
kehidupan yang dilayari
menjadi kian ngeri

wahai diri
yang masih tak sedar diri
malaikat di kanan dan kiri
tak perlu nak dicari
tolonglah berdikari
dengan ilmu yang terpateri
jangan nanti suatu hari
dihadapan Maha Pemberi
mula nak gigit jari
atau bila tangan dah digari
baru nak sedar diri
saat itu,
baru meraba tercari-cari
tolonglah sedar wahai diri
engkau akan pulang sebagaimana engkau ke mari.....

nafza
3.59 p.m.
05/05/2008

PALESTIN.!!! SAVE THEM...


ku jejak kaki ke ruang itu
angin pawana menerpa
roh-roh jihad bersatu
laungan amukan bergema

kejam,geram,kecam

ayuh,umat Islam
bangkitlah semua
bangkit dari mimpi
bangkit dari lena...

nafza


~tiada nilai air mata yang mengalir dibandingkan dengan nilai darah yang engkau tumpahkan~

ولا تقولوا لمن يقتل في سبيل الله أموتبل أحيآء ولكن لا تشعرون
dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang telah terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya
al-baqarah :154