Aug 18, 2012

~Strepsil, Vics, Blanket dan Doa~

سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم


'Are you okay? You coughing a lot. Get and drink some water.'  

Semua mata tertumpu ke arah yang satu. Oh, segan! Keliru sama ada lafaz itu tanda prihatin atau kurang senang dengan 'kekecohan' yang dibuat. 'I am sorry, Raj.' Antara dengar dan tidak. 'Inni soimun, Raj. I cant drink.' Sekadar lekat dalam peti suara.Terpaksa undur diri kerana bimbang makin mengganggu fokus teman sekuliah. Kemas-kemas dan melangkah menuju ke Computer Laboratory sementara menanti group meeting usai sesi pembelajaran. 

Selesai meeting, bergegas ke klinik. Tapi sayang, terlambat sedikit. Doktor-doktor semua sudah bersiap untuk pulang. Perlu membuat temujanji untuk pertemuan Isnin ini kalau mahu. Ah, lambat lagi fikirku. Dengan harapan sudah sembuh tika tiba masa itu.

Selesai itu, melangkah kaki ke Masjid Melbourne Madina. Tiga biji kurma ditelan, segelas air diteguk. Siap-siap solat Maghrib sebelum pekena Nasi Arab lauk kambing. Menyelerakan. Alhamdulillah.

Dalam gerimis yang segan-segan, bersama teman, bertapak pula ke Islamic Council of Victoria (ICV) Mosque. Menunaikan hajat yang terpendam untuk beriktikaf di sana. Asalnya menanti batuk sedikit reda tapi memandangkan sudah malam terakhir Ramadhan dan keadaan masih sama, terpaksa membuat keputusan yang agak pentingkan diri.


Satu yang menarik di sini, walau umat Islam bukanlah majoriti, pengamalan mereka terhadap Islam jauh beza berbanding negara berjalur gemilang yang dirindui. Berabaya hitam, bertelekung putih atau apa saja warna pakaian mereka, bahu rapat ke bahu, (tumit bertemu tumit), si ibu dengan anak-anak kecilnya, mak cik berusia dengan kerusinya, mengangkat takbir bersama melaungkan Allah Maha Besar seia sekata. Kadang-kadang, atau acapkali, terdengar suara esak mereka di kiri kanan. Membuat aku terasa kerdil. 

Ahli jemaah qiam di paginya kurang lebih dengan jemaah terawih di malamnya. Hebat mereka menghidupkan Ramadhan. 

Di sana, terasa disayangi. Sangat. Ikatan akidah, ikatan suci murni. Cukup dengan pertemuan kali pertama, berjaya membuat diri terharu. Dihulurnya Vics, Strepsil, dan blanket. Dari mereka yang berlainan. 

'Dont drink cold water, sister.' 
'Get some garlic and honey, its good for you.'
"Sister, may Allah give you syifa'."
'May Allah grant you a'fiah, habibi.'

Terselit juga perasaan bersalah. Pada mereka yang inginkan ketenangan. Maaf. 

Terfikir, mungkin juga getaran kerisauan Puan Mama disampaikan Allah melalui mereka. Membuat panggilan  semasa dalam perjalanan menuju ke ICV tadi mungkin mengundang resah pabila mendengar suara yang sudah mula bertukar.

Pagi itu, sebelum beransur, juga sebahagian yang meneruskan iktikaf, masing-masing bersalaman berpelukan. 'Taqabalallahu minna wa minkum', doa mereka sungguh-sungguh, pada satu sama lain.


Andai ini yang terakhir,
Moga ini yang terindah.

Bakal ditangisi,
29  Ramadhan 1433.

4 comments:

Anonymous said...

Jaga diri.

yayah said...

2 hari tak dengar suara,
hari ini apa khabar?
dah semakin pulih?

nuramiliaz said...

jzkk cik anonymous. :)

nuramiliaz said...

ehem ehem.. Alhamdulillah, dah semakin pulih bila dengar suara bahagia cik yayah. :)

jzkk