سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم
Rasulullah bersabda,“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”(Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
Jam 9.00 a.m.,
memulakan perjalanan. Lebih kurang sejam, singgah di Victoria State Rose
Garden. Hajat di hati mahu melihat jambangan mawar mekar berwarna-warni di
taman tidak kesampaian. Bunga-bunga masih malu-malu. Hanya batang-batang dan
duri kelihatan. Kata mereka di sana, bulan Oktober baru kuntuman kembang mekar.
Makan-makan sekejap sambil bergambar sikit-sikit dengan pokok-tanpa-bunga dan
binaan yang ada.
Meneruskan perjalanan.Tiba di Blazing Saddles, Aireys Inlet, selepas lebih kurang dua jam. Pilih-pilih boot dan helmet, ‘main’
kejar-kejar dengan anjing pemilik kedai dan mendengar sedikit taklimat sebelum
masing-masing diberikan kuda tunggangan masing-masing.
Bongo, kuda yang terpilih untuk
Nur Zainudin. Kebetulan, memang kuda itu
yang di aim pada awalnya. Sudah diusap-usap sambil dibisikkan syahadah dan
selawat di telinga Bongo. :)
Bongo, Mini, Milo, Bob, Sully, Bingo, antara beberapa nama kuda yang ditunggangi kami. Kuda-kuda ini sangat baik. Patuh. Disuruh ke kanan dia ke kanan, disuruh ke kiri dia ke kiri, disuruh jalan dia jalan, disuruh laju dia laju, disuruh berhenti dia berhenti. Cuma perlu kena cara arahannya. Hebat.
Ini bukanlah kali pertama berkuda, tapi sebelum ini pusing-pusing perlahan tidak sampai lima minit. Kali ini, tempoh lebih kurang 45 minit. Jalan yang dilalui juga agak mencabar, bukan sekadar di dalam litar di atas padang.

Sambil-sambil berkuda, sambil-sambil
berangan. Berangan menunggang kuda yang disebut Allah.
“Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah.Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya).Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi.Maka ia menerbangkan debu. Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh”[Al-‘Aadiyat : 1 – 5]
Angkatan perang berkuda. Pasti tersangat hebat!
Pa, nak bela kuda, boleh?
Heh, berangan!
Heh, berangan!
29 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment