سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم
Dan esok, bakal meneruskan semester 6. Mudah-mudahan Allah permudahkan.
Rejab dan Sya'ban berlalu dengan pantasnya,
Allahuma balighna Ramadhan,
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah wa thumma Astaghfirullah.
Winter Break 2012 dilalui dengan seribu satu kisah yang mudah-mudahan tersemat utuh di minda. Pengajaran dan manfaat buat diri dan mereka. Menjadi bekal menuju ke gerbang Ramadhan.
Winter Break 2012 dilalui dengan seribu satu kisah yang mudah-mudahan tersemat utuh di minda. Pengajaran dan manfaat buat diri dan mereka. Menjadi bekal menuju ke gerbang Ramadhan.
Berkelana seusai kertas terakhir semester 5 ke Tasmania selama seminggu bertemankan sahabat dari seberang Adelaide. Menjadi muhajir yang pastinya mengajar erti hijrah. Dilayan dengan sangat istimewa oleh 'Ansar' Tasmania walau ramai sahaja yang baru sahaja pertama kali jumpa. Kehangatan bantuan mereka mengurangkan dingin musim sejuk di sana. Semoga Allah membalas sebaik-baik dan sebanyak-banyak kebaikan buat mereka.
Sepulangnya dari Tasmania, disambut oleh sahabat sedorm. Bercerita kisah-kisah lama, dan akan datang. Menghitung detik jiran sebelah katil di F32 bertukar status. Barakallaulakuma Pn. F32 yang pertama. Selamat menjadi isteri solehah.
Hari-hari seterusnya bertambah ceria dengan kehadiran tetamu-tetamu dari pelosok Australia dan New Zealand. Sungguh, aku 'Ansar' serba kurang, untuk berikan yang terbaik sangatlah tidak tercapai.
5 hari 4 malam di perkampungan ilmu. Bertemu insan-insan hebat di mata manusia juga hebat di mata Allah (insyaAllah). Mereka memandang dunia dengan kaca mata akhirat, memandang akhirat dengan kaca mata dunia. Ilmu lambangan akhlak, akhlak simbolik ilmu, ada pada mereka. Kagum.
Keputusan peperiksaan semester 5. Alhamdulillah a'la kulli hal. Perlu lebih gigih. Perlu tinggikan target. Supaya tidak ketinggalan lagi. Terinspirasi dengan kisah mereka. Terbaik akademik, terbaik kokurikulum. Terbaik akidah, terbaik ibadah, terbaik akhlak.
Ilmu di universiti bukan sekadar ilmu dalam bidang pengajian yang diambil semata. Kerana Universiti itu sifatnya Universe, Jami'ah itu sifatnya Jama'. Justeru, perlu ambil tahu lebih dari yang diajar di dalam dewan kuliah, makmal eksperimen, makmal komputer dan kelas tutorial.
Sehari sebelum kelas bermula. Menjejakkan kaki ke Mt. Buller. Menyaksikan keagungan ciptaan Allah. Pandang ke langit dan merasai rintik-rintik salji mencair di wajah. Tangan ditadah melihat kristal-kristal putih memenuhi gloves. Butiran-butiran salji dikepal membentuk snowman. Mengukir nama menulis emosi di atas putih salju.
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya; dan Dia (juga) menurunkan butiran-butiran ais dari langit, (iaitu) dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais itu) kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Surah An-Nur : ayat 43)
Dan esok, bakal meneruskan semester 6. Mudah-mudahan Allah permudahkan.
Rejab dan Sya'ban berlalu dengan pantasnya,
Bimbang Ramadhanku juga berlalu sebegitu.
Allahuma balighna Ramadhan,
Wa bariklana fi Sya'ban wa Ramadhan.
25 Sya'ban
Macarthur Road
2 comments:
*pelosok
edited! terima kasih. :D
mohon tunjuk ajar lagi.
Post a Comment