Apr 10, 2010

~Berakhir Sudah Easter Break~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

langit senja dari jendela kamar saya. cantikkan? :)


Bermula Khamis lalu, RMIT University mula bercuti.

Cuti telah berakhir. Alhamdulillah, pengisian cuti agak menarik. Bermula dengan AUTUMN GATHERING bertemakan Islam In My Heart disusuli dengan jaulah ke Great Ocean Road menikmati alam indah ciptaan-Nya dan berakhir dengan MEL-BOND, bersukan bersama akhawat dengan tema play as a muslim.

Oh ya, cuti seminggu ini sempena Good Friday dan Easter Day.

Apa itu Easter? Apa itu Good Friday?
Soalan diajukan kepada beberapa kenalan yang beragama Kristian. Jawapan diterima tidak memuaskan. Kebanyakan mereka juga tidak banyak pengetahuan tentang itu. Yang mereka tahu, mereka akan bercuti sempena Easter. Pelik.

Tapi, bila difikirkan kembali, saya juga mungkin seperti mereka apabila diajukan soalan apa itu Isra' Mikraj? Bagaimana mahu diceritakan kepada mereka tentang peristiwa nabi Muhammad S.A.W naik ke langit. Mampukah saya fahamkan mereka? Alangkah beruntungnya jika berpeluang membuatkan mereka percaya, faham seterusnya yakin dengan kisah-kisah indah lagi menarik dalam Islam. Manatahu menjadi asbab mereka menerima hidayah Allah dengan cerita itu. Oh, sungguh tinggi cita-cita itu. Mampukah?

Teringat pula kisah di awal perkenalan dengan seorang classmate lelaki di sini. Menjadi budaya mereka bersalam ketika bertemu lebih-lebih lagi kali pertama berkenalan.

Mulanya ragu-ragu. Mahu ditolak, bimbang dikata biadab. Mahu disambut, bimbang akan menyusul salam-salam yang lain. Aduh, panas!
Keputusan dibuat. Salam yang dihulur tidak bersambut.

"Sorry, I can't" Bilangku.

Alhamdulillah, dia mengangguk, seolah-olah faham. Lega.

Tiba-tiba, terdengar satu suara, dari rakan yang lain yang berdiri di sebelah saya.

"Is't your religious so hard?"

Ops!!! Lama terdiam. Itukah pandangan mereka tentang Islam? Adakah saya membawa fitnah pada Islam agama yang mudah?
Lama terdiam. Menyusun bicara agar tiada salah faham berlaku. Sedikit penjelasan diberikan. Tapi banyak pula soalan-soalan lain yang menyusul. Sukar. Kerna ilmu yang sedikit barangkali. Hina. Kerdil. Perlu lebih bersedia dengan jawapan-jawapan yang bernas.

Ya Allah, Ya Ghafar. Ampun ...

harap langkah tari
tiada sumbang
seiring irama ...

3 comments:

Unknown said...

Adakalanya balas salam itu lebih baik sekiranya telah dihulur, lebih2 lagi apabila atas pentas atau dikhalayak ramai.

Tapi klu tau nk explain, and ade kemampuan, explain la jugak.

Marwan Bukhari said...

tak perlu balas salam itu.. sy tak setuju dgn pandangan anas.. bukan mudah utk dibuka ruang itu sebenarnya, cuma kita kena bijak explain..

menarik kisah ni, semoga terus gagah... :)

nuramiliaz said...

anas: pnah dgar gak camtu..tp in my case, bkan ats pentas n dikhlayak rmai..only in a small group.
nway..iAllah, b'usaha menuju mampu.!
tq

marwan: utk tidak mbuka ruang itu sukar tp sukar lg utk mberi terang..sedang mcari peluang dlm jalan juang..
ameen3x..iAllah, ingin terus gagah.