سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم
Letih merayakan kehampaan hati.
Sembunyi diam dalam sunyi.
Mengharap kata tiada mampu dilafaz.
Bersemayam lekat di hujung jiwa.
Pada cerita semalam.
Berbekas jelas di pelataran jiwa.
Ada luka mulai pedih.
Tinggal parut pada kenangan.
Berbekas jelas di pelataran jiwa.
Ada luka mulai pedih.
Tinggal parut pada kenangan.
Letih merayakan kehampaan hati.
Sembunyi diam dalam sunyi.
Mengharap kata tiada mampu dilafaz.
Bersemayam lekat di hujung jiwa.
Dalam menjejak sebuah rasa.
Jaraknya jauh bukan kepalang.
Mungkin tiada berhujung bahagia.
Lalu mahu ke mana langkahan ini?
Jaraknya jauh bukan kepalang.
Mungkin tiada berhujung bahagia.
Lalu mahu ke mana langkahan ini?
Bingung aku sendiri.
Menyendiri. Memerhati.
Digapai tidak dilambai tidak.
Hanya mampu terpinga ternganga.
Menyendiri. Memerhati.
Digapai tidak dilambai tidak.
Hanya mampu terpinga ternganga.
Berjalan aku seiring waktu.
Mohon dibantu hadapi nestapa.
Dituntun dibawa menuju redha.
Tidak tersungkur dilanggar batasan.
Mohon dibantu hadapi nestapa.
Dituntun dibawa menuju redha.
Tidak tersungkur dilanggar batasan.
Tidak mahu diri terusan bermimpi.
Tapi tidak handal aku menyusun soal.
Lalu berteleku di bawah rimbun harap.
Yang demaunnya kian kuning menggugur.
Tapi tidak handal aku menyusun soal.
Lalu berteleku di bawah rimbun harap.
Yang demaunnya kian kuning menggugur.
Kadang ku pinta pada-Nya.
Mohon dihapuskan rasa yang satu.
Rasa yang hadir seiring beban.
Terpundak berat dígalas rahasia.
Mohon dihapuskan rasa yang satu.
Rasa yang hadir seiring beban.
Terpundak berat dígalas rahasia.
Bantulah aku wahai Tuhan!
Kusandarkan segala hanya pada-Mu.
Lemparkan segala angan dan angau.
Jauh-jauh nun ke samudera sana.
Kusandarkan segala hanya pada-Mu.
Lemparkan segala angan dan angau.
Jauh-jauh nun ke samudera sana.
Sendiri tanpa cinta,
Di beranda hati yang usang.
10 May 2013.