Subhanallahi wabihamdih
Subhanallahil a'dzim
Dia melontar pandangan keluar dari jendela Baillieu Library setelah penat menunduk mentelaah. Memandang beberapa kelompok pelajar melepaskan lelah di bawah sinaran terik mentari di dataran padang menghijau merupakan satu kebiasaan tika musim ini. Pelik, namun mungkin mereka sedang menghargai nikmat mentari setelah berbulan-bulan di balut dingin.
Entah mengapa, pandangan itu membawa dia menerjah memori-memori silam di Bumi Waqafan. Memori yang menjadi episod bahagia dalam filem pendek kisah hidupnya.
Bumi Waqafan. Walau dia bukanlah siapa-siapa, hanya memegang watak yang sangat tidak signifikan, tidak dikenali nama mahu susuk tubuh, tidak seperti mereka yang lain, tapi dia suka begitu, di sana. Bahagia.
Bumi Waqafan. Musolla Saidatina Khadijah menyaksikan dia bertatih-tatih kecil mengenal Sang Pencipta. F32 menyaksikan hikayat ukhwah dia dan mereka yang penuh suka mahu duka. Kelas Al-Biruni menyaksikan kisah mujahadahnya dalam meneguk setitis ilmu. Dia seolah punya kehidupan lain, dunia baru di sana. Indah.
Bumi Waqafan. Keindahan, kebahagian itu hanya sempat dirasai 2 tahun. Tempoh singkat yang seboleh mungkin ingin dibekukan kaku. Biar dia terus berada di dalam detik itu.
Bumi Waqafan. Kini telah 3 tahun berlalu. 3 tahun yang menuntut kekuatan yang bukan sedikit. Kekuatan untuk terus kekal seperti dahulu. Kekuatan untuk terus pasak pada kalimah 'Fastaqim Kama Umirt' yang menjadi buah zikir warga Waqafan tika zamannya. Kekuatan yang seringkali dia gagal kecapi.
Bumi Waqafan. Dia akui, acapkali dia rebah tersungkur dalam perjalanannya. Acapkali tali prinsip yang pernah dia pegang dulu kian longgar, acapkali juga tali itu terlepas tanpa dia sendiri sedari. Dia tahu akan hakikat untuk thabat itu tidaklah mudah, untuk sering futur itu tidaklah sukar.
Ehhmmm...dia melepaskan keluhan panjang, dengan harapan mampu melepaskan resah di jiwa. Resah dek kerana diri yang semakin degil.
Ehhmmm...dia melepaskan keluhan panjang, dengan harapan mampu melepaskan resah di jiwa. Resah dek kerana diri yang semakin degil.
Justeru,
dia sentiasa berharap akan ada tangan-tangan
dihulurkan untuk dia terus bangkit tika jatuh terduduk.
dia sentiasa berharap akan ada tangan-tangan
dihulurkan untuk bawa dia berlari bersama mengejar jannah.
dia sentiasa berharap akan ada tangan-tangan
dihulurkan untuk dia terus bangkit tika jatuh terduduk.
dia sentiasa berharap akan ada tangan-tangan
dihulurkan untuk bawa dia berlari bersama mengejar jannah.
dan tangan-tangan yang diharapkan itu
adalah tangan-tangan kalian.
Dia,
si degil yang pernah berteduh
di bawah teduhan usang Waqafan
22 Oktober 2010
Baillieu Library
si degil yang pernah berteduh
di bawah teduhan usang Waqafan
22 Oktober 2010
Baillieu Library
5 comments:
salam wbt...
amy!!!!!!!!!! sedih la baca post ni.. rindu sgt3 akan bumi itu..
mahir pun takut..sbb xtau masa depan..takut berubah ke arah keburukan.Nauzubillah
doa supaya iman kte meningkat dn hati2 ini sentiasa dgnNYA..
"berdoalah kerana DIA yang memegang hati kita"
to maher :
kite doa same2 ye maher.. ^_^
salam amy..
a nice post
insyaAllah org yg sntiasa mencari tu akan jumpa
kalau cari ++ doa akan jumpa biah yg lebih baik mungkin
cari & serah lah diri sepenuhnya utk ditarbiah..insyaAllah syurga dihujungnya
Walau dunia & seisinya bergegar dgn jahiliyyah..hati kita membina lingkungan tenang dlm KETAATAN pada-Nya Pencipta..
moga thabat kawan!...
mohon didoakan juga..
-raja-
wsalam.. raja!!!
iAllah..sama2 kita doakn ye..
raja..missing u sooo much.. :) hehe
amy...rindu ngan amy..rindu dgn tarbiyah...rindu waqafan..
Post a Comment