langit biru
menjadi tatapan, kudapan jiwa
menggenggam atma, mencengkam sukma
merangkul nubari, mengusik nurani
mengetuk indah ritma alam
sarat dengan atrikulasi maknawi.
langit biru
bakal dipaut, bakal ditakluk
walau tertunduk, walau terngadah
bersama sorakan awan memutih indah
bersama teriakan hujan merintik mesra
bersama dingin bayu menghembus halus
bersama angin pawana berpuput lembut.
langit biru
namun kini kian kelabu
ditolak kencang angin maksiat
dipanah tikaman petir dugaan
disambar hunusan kilat cabaran
berlagu sumbang guruh mehnah
bersatu dibawah mentari nafsu.
langit biru
rupanya hadir sekadar mimpi
lantaran
lakaran tempias harapan
lukisan percikan impian
untukku hapuskan daerah duka.
kecewa...
pengemislaila
dinihari, tangisan Ramadhan
4 comments:
sudah sunnah alam..
awan biru itu ditiup desir angin rakus..senantiasa merubah kebiruan langit..melenyapkan suara2 ketenangan..digantikan dengan suara yang membingitkan..
cuma satu sahaja..
berusaha dan berharap sinar mentari itu kembali menyinari..membangunkan kembali hati yang lena..
maka pabila datang hidayah Allah itu, maka garaplah ia..ia tidak akan hadir berkali2..
wah..besh nye kate2 kat atas nie..
btul2..
sokong!
pengemislaila to Akmal Hayat
sedang berusaha..sedang berharap..
tapi kadang2 usaha terhakis..harapan terkikis..
doakn moga tidak terus terlena hingga ke penghujungnya~
bangkitlah..semua bangkitlah
generasi Rabbani...
....
(lagu Badar gen52)
to fieqa
sokong jgak!
=)
Post a Comment