سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم
Alhamdulillah,
semingu yang cukup bermakna. Diberi peluang untuk mengutip pengalaman bekerja
sebagai jurutera di sebuah syarikat air di Melbourne.
Keluar
jam 7.00 am, perjalanan lebih kurang 20 minit menaiki tram dari Macarthur ke
Flinder Street, 40 minit train dari Flinders Street Station ke Albian Station
laluan Sydenham dan 20 minit berjalan kaki dari Albian Station dan tiba di City
West Water (CWW) Company lebih kurang jam 8.30 am. Pulang jam lima petang, tiba
di rumah jam 6.30 pm. Untungnya di sini, pengangkutan awam sangat efektif. Kerap dan
tepat masa. Mencari nilai ini di ‘sana’, masih belum ketemu.
Dan ada sesuatu,
yang membuat diri jatuh suka pada perjalanan lebih kurang satu jam setengah
ini. Kembara, dan sendiri. Mungkin itu.
Ketibaan
setiap pagi disambut dengan aroma kopi, senyuman dan sapaan pekerja-pekerja
CWW. Mereka sangat ramah. Tidak lokek untuk membantu dan tunjuk ajar.
Walau diri tidak banyak membantu, tapi kata-kata penghargaan dan pujian
sentiasa diberikan. Menjadi semangat dan pendorong untuk membuat lebih baik. Di
‘sana’ masih kurang amalan ini.
Waktu
rehat, hampir 90% membawa makanan sendiri. Tidak kira dia pengurus, dia
jurutera, dia akauntan, dia saintis, siapa sahaja dia, masing-masing dengan
bekal masing-masing. Tidak kira buah-buahan, mahu sayur-sayuran, atau apa jua
masakan, untuk dijadikan hidangan santapan tengahari mereka. Sesuatu yang
jarang-jarang diamalkan di ‘sana’.
Jam
berapa mahu tiba dan pulang tidak kisah, yang penting cukupkan sekurang-kurangnya
lapan jam tempoh bekerja. Tiada sistem time clock atau punch clock sepertimana
yang diguna rata-rata pekerja di 'sana'. Nilai kejujuran dan kepercayaan yang
tinggi antara boss dan staff.
Di
'sana' dan di 'sini'. Bezanya tidaklah sedikit.
Dan di sini, aku belajar, menjadi asing itu bukanlah mudah.
Laporan
ringkas,
Jurutera
seminggu.