Jul 26, 2009

Alhamdulillah, Ukhwah Itu...


Subhanallah...

Alhamdulillah...

Lailahaillallah...

Allah Akbar...


Tiada kata yang dapat menterjemahkan rasa gembira saya. Kedatangan mereka cukup membahagiakan. Amat!

Hampir kesemua ahli dorm F32 bertemu kembali. Walau dalam pertemuan yang singkat, tapi cukup bermakna.

Ukhwah itu, Insya-Allah ukhwahfillah.

Benar, Allah itu Maha Adil. Sehari sebelum kedatangan mereka, Allah timpakan saya 1 ujian yang agak perit untuk saya terima. Berendam air mata keseorangan.

Namun, percaturan hidup yang diatur Allah ini sangat indah. Allah hantarkan mereka kepada saya. Menghilangkan duka dihati.

Ya, saya redha. Walau saya tak dapat 'itu', tapi saya dapat 'ini'. Saya yakin, Allah dah tetapkan setiap orang dengan bahagian masing-masing. Mungkin mereka yang dapat 'itu', tak dapat 'ini'.

Sahabat, terima kasih sangat-sangat sudi datang ke teratak saya.
Jangan lupa sentiasa doakan persahabatan kita berkekalan hingga ke Sana.
sayang kamu !!!


Jom lagukan doa ini sama-sama. Sambil flashback kenangan-kenangan kita bersama. Bayangkan sekali kita nyanyi lagu ni sama-sama lepas solat kat Musolla Saidatina Khadijah sambil ribat. Ya Allah, rindunye...

DOA RABITAH HATI

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumi-Mu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat
Untuk mendokong
Syariat-Mu di alam maya
Maka Ya-Allah
Eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahaya-Mu
Tiada malap terangi alam-Mu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifat-Mu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia


p/s : saya suka baju kita


Jul 20, 2009

Saya Punya Tetamu~

weekend baru-baru ini, teratak b.u saya dikunjungi tetamu. dari UCSI dan UIA.
mereka sahabat lama saya dari smka tok jiring. berkongsi cerita dan pengalaman.
tentang itu dan ini. sudah lama tidak berbual sebegitu dengan mereka.
seronok sangat. kerinduan yang dipendam pada teman-teman smkatj sedikit terubat.

saya gembira sangat dengan kedatangan mereka. tapi sayang, sahabat dari UIA
tak dapat bermalam di sini. dia mahu pulang ke terengganu. bercuti seminggu.

malam itu, sahabat saya yang seorang lagi itu, telah menukarkan malam hujung
minggu saya yang biasa-biasa menjadi luar biasa. kami bertukar-tukar cerita. saya seronok dengar cerita kamu. saya pun mahu mulakan 'itu' .terima kasih.
dan kami berchatting dengan dia di Jordan. kamu di Jordan, jangan cemburu ye!

tapi maafkan saya, sahabat. layanan yang diberikan tak berapa memuaskan, pasti.
peperiksaan yang menanti dijadikan alasan. saya minta maaf banyak-banyak.
harap kamu jangan serik untuk datang lagi.

saya suka kamu datang. datanglah lagi ye~
kamu-kamu yang lain juga, datanglah beramai-ramai ke teratak B.U saya ini.
saya pasti suka!


'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah (hormatilah) tetamunya.'

(hadis riwayat Ash-Syaikhani)

Jul 15, 2009

Setakat Ini Saja Hubungan Kita

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar mahu berkongsi.
Ayuh, kita hayati ...

Tersebutlah alkisah sepasang kekasih sedang bergaduh.
Dalam pertelingkahan itu, si lelaki berkata,
"Sudah setahun kita bersama, dan dalam tempoh itu,
berapa banyak kali awak sakitkan hati saya,
berapa banyak janji awak mungkiri,
berapa banyak kata awak ingkari."

"So, saya rasa setakat ini sajalah hubungan kita.
Inilah saat perpisahan antara saya dan awak.
Fullstop."


'Setakat ini sajalah hubungan kita !!'

Jika itu kisah hubungan sepasang kekasih yang baru
setahun jagung kononnya mengikat janji,
bagaimana dengan kita,
bagaimana dengan kisah hubungan kita yang sudah lama
diberi hayat di alam jagat, dengan Sang Pencipta.

Berapa banyak janji yang diucapkan pada-Nya dimungkiri,
berapa banyak perintah-Nya yang diabaikan,
berapa banyak larangan-Nya yang ditunaikan.


Cuba bayangkan, jika Allah katakan pada kita :
"Inilah saat perpisahan antara Aku dan kamu."

Maka, ketika itu, kita tidak akan dipedulikan lagi.
Langsung.

Mata buta tanpa pandangan,
Lidah kelu tanpa bicara,
Telinga pekak tanpa riuh,
Tangan cacat tanpa gerak,
Kaki kaku tanpa langkah.
Tiada makan,
Tiada pakai,
Tiada gelak,
Tiada tangis.
Segala-galanya tiada.
TIADA!
Yang tinggal hanyalah kosong.
KOSONG!

Pejamkan mata.
Bayangkan.
Bayangkan jika sebentar nanti,
sebentar saja nanti,
segala-galanya Allah tarik dari kita.
segala apa yang dipinjam,
diserahkan kembali kepada Si Pemberi Pinjam
Si Pemberi Pinjam yang sentiasa kita lupa.
bersediakah kita?


Takut bukan?




~hati seseorang tidak akan mengalami kegersangan
kecuali apabila dia melanggar perintah Tuhannya~

Jul 12, 2009

SAYA JUMPA MEREKA


Seronok. Seronok sangat.
Semalam seronok sangat-sangat.
Saya jumpa mereka. Seronokkan?
Mereka yang dimaksudkan, seronok tak??

Lagi seronok jika hari ini pun semalam.
Dan esok juga jadi semalam.
Kalau lusa pun boleh jadi semalam.
Kan best kalau hari-hari macam semalam.

Tapi itu mustahil. Sememangnya mustahil.
Saya tahu. Cuma saya nak buat-buat tak tahu.
Sebab saya seronok.
Dan saya mahu lagi.

Bila lagi agaknya kita boleh seronok macam semalam.
Dan lagi best kalau kita lagi seronok.
Macamana?
Dengan adanya lagi mereka-mereka yang lain.

Saya juga rindu mereka-mereka yang lain.
Mereka-mereka yang lain,
Kamu pun mesti rindukan saya kan?
Saya tahu, tak perlu beritahu.

Alhamdulillah, seronok sangat semalam. Terima kasih sahabat-sahabat.
Insya-Allah, nanti kita jumpa lagi. Dengan kehadiran yang lagi menggemparkan.
Tidak sabar mahu jumpa semua. F32, daku amat-amat merindui kalian~~

Jul 10, 2009

TERPERANGKAPKAH ?


Mengapa sukar benar untuk diriku bertapak dalam gelanggang ini. Mengapa?
Bukankah aku tahu yang salah itu sememangnya salah dan akan tetap salah. Bukankah?
Aku tidak mahu selamanya begini. Tidak mahu!
Bantulah aku keluar dari sini. Bantulah!
Mengertikah?
Tidak??!!


Hampa ...


~mungkin hanya mereka yang alami mampu selami, itupun jika mereka cuba untuk memahami ~